Wednesday, August 11, 2010

Hotel halal

hanya 13 hotel sahaja mendapat sijil halal... yang lain macam mana? beratus lagi hotel....



SENARAI HOTEL PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN TANDA HALAL NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR TAHUN 2010

DAERAH KUANTAN



HOTEL SHAHZAN INN,
JALAN BUKIT UBI, KUANTAN
DAPUR & TUN TEJA COFFEE HOUSE,
15/7/2010 - 14/7/2011


MPIANA CHERATING RESORT,
CHERATING, KUANTAN
DAPUR UTAMA & KEDAI KOPI CAFE,
31/7/2010 - 30/7/2011


SURIA CHERATING BEACH RESORT,
KM 32.5, JLN KUANTAN KEMAMAN,
DAPUR & BUNGA PADI COFFEE HOUSE,
1/6/2010 - 31/5/2011


HOTEL M.S. GARDEN,
JALAN GAMBUT, KUANTAN
DAPUR &
SURIA CAFE

1/6/2010 - 31/5/2011


HOTEL GRAND CONTINENTAL,
JALAN GAMBUT, KUANTAN
DAPUR & MANJA COFFE HOUSE,
1/6/2010 - 31/5/2011

SANCTUARY RESORT,
MUKIM SG KARANG, KUANTAN
DAPUR & RESTORAN TROPICANA,
1/6/2010 - 31/5/2011

CLASSIC HOTEL,
JALAN BESAR, KUANTAN
DAPUR & RESTORAN,
1/6/2010 – 31/5/2011

HOTEL MEGA VIEW,
JALAN BESAR, KUANTAN
DAPUR & RAMIN CAFE,
1/9/2009 – 31/8/2010

DUTA VILLAGE RESORT,
BALOK, KUANTAN,
DAPUR & KARANG
CAFE
1/9/2009 – 31/8/2010

HOTEL SWISS GARDEN,
BALOK, KUANTAN
DAPUR & TERRACE GARDEN CAFE,
15/10/2009 – 14/10/2010

DE RHU BEACH RESORT,
SG KARANG, BESERAH, KUANTAN,
DAPUR & DE RHU CAFE,
1/6/2010 - 31/5/2011

HOTEL SERI MALAYSIA,
JALAN TELUK SISEK, KUANTAN
DAPUR & SERI BANIR RESTORAN
1/11/2009- 31/10/2010

INDERA SEMPURNA RESORT,
JALAN KUANTAN-PEKAN
DAPUR & SEMPURNA CAFE,
1/11/2009-31/10/2010


Selamat Menjalankan Ibadah Puasa Kepada Semua Umat Islam..

Tuesday, August 10, 2010

Selamat menunaikan ibadah puasa

Latihlah anak-anak anda berpuasa.... Ceritakan pada mereka kelebihan-kelebihan amal.. Perdengarkan lagi fadhilat2 amal dari Alquran dan Hadith sehingga datang keyakinan terhadap janji2 Allah (swt). Insyallah mereka akan mudah untuk menunaikan perintah Allah dan sunnah nabi...

Pandu cermat jiwa selamat

Ramadhan kembali lagi

Alhamdulillah sekali lagi berpeluang berjumpa Ramadhan. Tahun depan belum pasti. Olehitu, berusahalah untuk jadikan ramadhan kali ini yang terbaik dr sebelum ini (rasanya tahun lepas azam macam ni jugak). So, apa target tahun ni.....??

Inilah bulan tarbiah untuk tundukkan hawa nafsu supaya tunduk pada perintah Allah (s.w.t). Insyallah hayatilah sepenuhnya bulan kebesaran ini. Bulan ibadah... Bulan jihad.. Rehatkan perut...
Tapi apa yang berlaku... inilah bulan yang paling banyak kita prepare untuk perut...

Saturday, July 31, 2010

Bayi berbalut akhbar ditinggal depan kedai

ini berita baru... apa nak jadi. semakin menjadi-jadi... selari dengan apa yang disampai berita dalam tv, hampir setiap hari ada penangkapan sidiket pelacuran di rumah urut, spa night club dan sebagainya... hampir setiap hari.. bayangkan berapa banyak kes.. ceritanya hampir sama. Apa nak jadi negara kita Malaysia? Boleh dikatakan setiap hari keluar di dada akhbar dan kaca TV kes sebagaimana di bawah(tulisan biru). Adakah negara ini telah menjadi pusat pelacuran menggantikan negara jiran? Berapa banyak lagi anak luar nikah nak kita hasilkan? Tak cukup lagi dengan 215,033 orang bagi tahun 2005 hingga 2009. Sedangkan pada tahun 1999 hingga 2003 berjumlah 70,433 orang anak luar nikah.  



Seorang bayi perempuan dipercayai baru lahir ditinggalkan berbalut dengan kain dan surat khabar di hadapan sebuah kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat di Nibong Tebal hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat berkata bayi yang masih bertali pusat itu ditemui pukul 7.56 pagi ketika pemilik kedai berkenaan hendak membuka kedainya.

"Bayi ini dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum dijumpai dan masih bertali pusat. Bagaimanapun keadaannya ketika itu agak lemah dan kebiruan kerana kesejukan," katanya kepada pemberita di Nibong Tebal.

Beliau berkata bayi seberat 2.58 kilogram itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap di Nibong Tebal untuk rawatan lanjut.

"Setakat ini kita belum dapat kenal pasti keturunan bayi itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekat bagi membantu siasatan.


----------------------


Lubuk pelacuran PJ diserbu polis

Lima wanita warga China dan dua lelaki tempatan yang menjadikan sebuah kelab karaoke mewah sebagai lubuk pelacuran ditahan dalam satu serbuan polis di Petaling Jaya lewat malam tadi.

Seorang anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Petaling Jaya yang dihubungi hari ini berkata wanita warga China berumur 22 hingga 26 tahun dan dua lelaki tempatan berumur 30 dan 37 tahun yang bertindak sebagai bapa ayam itu ditahan dalam serbuan pukul 11 malam.

"Dalam operasi kira-kira dua jam itu, tindakan menyerbu kelab di tingkat lima dan enam bersebelahan hotel empat bintang itu dipercayai dapat dihidu lebih awal, ekoran beberapa pelacur dapat meloloskan diri melalui lorong tikus menghubungkan tangga kecemasan yang disembunyikan berhampiran tandas kelab terbabit," katanya.

Katanya, ketika serbuan pihak pengurusan kelab bagaimanapun menafikan wujudnya kegiatan pelacuran terbabit memandangkan kelab itu mempunyai pengaruh orang kenamaan serta dikujungi oleh ramai VVIP dan mendakwa kegiatan pelacuran dilakukan oleh pekerja-pekerjanya yang ingin mengambil kesempatan.

Difahamkan, pelacur kelas atasan itu menerima bayaran sekitar RM400 hingga RM500 untuk layanan di bilik karaoke bagi 'sesi perkenalan' sebelum dibawa ke hotel bersebelahan dengan bayaran lebih mahal bagi perkhidmatan seks yang mengikut jam, katanya.

"Kesemua wanita itu ditahan mengikut Seksyen 39 (b), peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial manakala dua lelaki tempatan itu ditahan mengikut Seksyen 55B, Akta Imigresen 1959 dan di bawa ke IPD Petaling Jaya untuk siasatan lanjut," katanya.

--Bernama/http://www.malaysiakini.com/news/138830(31 julai 2010)










Wednesday, July 28, 2010

Download the rakanblog toolbar

Item Toolbar: 1. Radio Online (Radio Islam Nusantara, IKIM.fm, Nasyid FM, Radio Islam USA, Nur Islam Brunei). 2. Quran Explorer. 3. Waktu Solat Malaysia - al-azim.com. 4. Hadith Hari Ini daripada web JAKIM. 5. Mutiara Kata dan Kalender Islam - alhabib.info. 6. Islam Channel & Peace TV. 7. Fungsi carian Firefox & Google. 8. Email Notifier dan pelbagai add-ons (Facebook dll)

http://rakanblog.ourtoolbar.com/

Monday, July 12, 2010

Hadist terakhir kitab bukhari

حدثنا أحمد بن إشكاب: حدثنا محمد بن فضيل، عن عمارة بن القعقاع، عن أبي زرعة، عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال النبي صلى الله عليه وسلم: (كلمتان حبيبتان إلى الرحمن، خفيفتان على اللسان، ثقيلتان في الميزان: سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم

Narrated Abu Huraira: The Prophet said, "(There are) two words which are dear to the Beneficent (Allah) and very light (easy) for the tongue (to say), but very heavy in weight in the balance. They are: 'Subhan Allah wa−bi hamdihi' and 'Subhan Allah Al−`Azim." (Bukhari).

Sunday, July 4, 2010

Jalan2 hujung minggu

Lepas taklim mingguan. Bawak anak2 jalan ke zoo taiping. Harga tiket dah naik. tapi tak banayk berubah. surau seperti dulu juga. masa nak wuduk solat asar, air dah hampir nazak.... cukup2 buat wuduk..

Monday, June 21, 2010

Very good software for translator

Google Translate is one of the most popular computer-aided translation services, however, using an online-translator for text translation is inconvenient: you have to launch the browser, open the website, copy and paste the text, select the language... Too time-consuming!




Link

Now you can translate web-pages, electronic mail and other documents without opening online-translation sites and buying expensive bulky programs. This free translator is always at hand – you simply need to select the text with your mouse!

Manfaat Dan Khasiat Buah Salak Untuk kesehatan

Manfaat buah salak bagi kesehatan buah salak memang sangat bermanfaat bagi kesehatan salah satu manfaat buah salak bagi kesehatan adalah u...