Thursday, April 8, 2010

Quality of solah.....

Intisari daripada bayan Maulana Johari berkisarkan mengenai solah.

Kata beliau, terdapat 5 tabaqat (tinggat) dalam solah:

1. Solah sepertimana Sahabat R.hum

*Kita sedia maklum akan keadaan solah para Sahabat R.hum. Mereka bersolah dan dalam pada masa yang sama, mereka tenggelam di dalam solah2 mereka. Bilangan rakaat solat malam mereka bukan sampai beribu-ribu rakaat, ada sahabat yang hanya solat doa rakaat pada satu malam. Namun solat mereka bermulanya takbir selepas isya' dan salam ketika azam subuh dilaungkan.

Ada seorang sahabat R.hu telah meminta izin daripada isterinya pada malam pertama untuk bersolah dua rakaat. Namun sahabat tersebut hanya memberi salam ketika azan subuh berkumandang.

Hadrat Abu Baka R.hu pula diriwayatkan, apabila beliau mulai bersolah, maka kusyuk dan tawaduknya tidak dapat ditandingi. Tegaknya beliau bersolah sehingga burung datang bertenggek diatas bahu kerana disangkakan tunggul.
Hadrat Umar R.hu bersolat malam daripada isya' hingga subuh hanya dalam dua rakaat.
Hadrat Uthman R.hu pula akan mengkhatamkan keseluruah Al-Quran hanya di dalam dua rakaat solat witir.
Uwais Qarni Rah. merupakan seorang Tabi'in yang hidup pada zaman Rasulullah. beliau kadang kala menghabiskan malamnya dengan satu rukuk sahaja dan kadang kala dengan satu sujud sahaja.

Dan seluruh Sahabat R.hum memiliki kualiti solat yang begitu sehingga solat mereka dipandang terus oleh Allah S.W.T.
Hanya dua rakaat solat mereka dapat mneyelesaikan semua masalah.

2. Solah sepertimana Tabi'in.

*Para Tabi'in mendapat kemanisan serta hakikat di dalam solah mereka. Ada riwayat menyatakan sesetengan tabi'im biasanya mengerjakan beribu rakaat solah sunat dalam sehari. Bayangkan betapa manisnya solah mereka sehingga dapat mengerjakan begitu banyak rakaat solah dalam sehari.
Ada juga di antara mereka yang menangis kerana sudah uzur dan berlaku pengurangan dalam bilangan rakaat solat mereka.
Seorang tabi'in telah memohon dengan Allah supaya dapat mengerjakan solat di dalam kubur.

3. Solah orang awam.

*Solah dalam ketegori ini adalah solah yang dimaafkan oleh Allah. Bermulanya takbir hingga salam seseorang itu di dalam 'permainan tarik tali'. Sekejap tawajuh serta ingat pada Allah. Sebentar kemudian tawajuh hilang kerana ingat pada perkara dunia.

Imam Al-Ghazali Rah. memberikan perumpamaan seperti seekor burung yang selalu berulang alik ke sebuah pokok yang berbuah. Kesukaan burung kepada buah tidak dapat dihalang walau sering kali dihalau. Bila halau ia terbang pergi. Seketika masa berlalu ia akan kembali. Imam Ghazali Rah. mengatakan, untuk memastikan burung tersebut tidak kembali pada pokok tersebut adalah dengan menebang pokok tersebut.

Begitu juga dengan hati. Perkara keduniaa sering kali datang di dalam solah kerana masih terdapat lagi cinta kepada dunia. Apabila cinta dunia dibuang, maka tiada lagi permainan tarik tali di dalam solah.

Apalah guna solah seumpama ini? Dengan keluasan rahmat Allah, Dia akan menerima solah tersebut. Dan juga Dia berhak untuk tidak mengganjarkan apa jua kebaikan ke atas solah tersebut.

4. Solah orang lalai.

*Solah orang lalai adalah solah yang ditolak terus oleh Allah. Bukan sahaja ditolak bahkan solah akan mendoakan kecelakaan bagi orang yang mengerjakan solah sebegini. Maksud lalai di sini adalah bermulanya takbir hingga salam langsung tidak mengingati Allah walau sekali. Dia bersolah, namun solahnya tidak diterima oleh Allah dan hanya sekadar terlepas daripada tuntuan fardu ain.

Tapi, ingat! Keburukan dan kecelakaan yang didoakan oleh solah tidak ada hijab pada Allah. Apabila solah sudah mendoakan kecelakaan, siapa lagi dapat membantu kita?

5. Solah mengikut keinginan.

*Solah sebegini juga merupakan solah yang ditolak oleh Allah. Juga solah akan mendoakan kecelakaan bagi orang yang bersolah demikian. Langsung tidak ada sebarang penerimaan bagi mereka. Maksud mengikut keinginan adalah apabila seseorang itu ingin bersolah, maka ia solah. Dan apabila malas menguasai mereka, solah pun ditinggalkan.

Begitu juga apabila ada keinginan untuk berjemaah, maka dia datang ke masjid. Apabila tiada kerajinan solah dikerjakan dirumah atau dikedai.

No comments:

Post a Comment

Manfaat Dan Khasiat Buah Salak Untuk kesehatan

Manfaat buah salak bagi kesehatan buah salak memang sangat bermanfaat bagi kesehatan salah satu manfaat buah salak bagi kesehatan adalah u...