Saturday, July 31, 2010

Bayi berbalut akhbar ditinggal depan kedai

ini berita baru... apa nak jadi. semakin menjadi-jadi... selari dengan apa yang disampai berita dalam tv, hampir setiap hari ada penangkapan sidiket pelacuran di rumah urut, spa night club dan sebagainya... hampir setiap hari.. bayangkan berapa banyak kes.. ceritanya hampir sama. Apa nak jadi negara kita Malaysia? Boleh dikatakan setiap hari keluar di dada akhbar dan kaca TV kes sebagaimana di bawah(tulisan biru). Adakah negara ini telah menjadi pusat pelacuran menggantikan negara jiran? Berapa banyak lagi anak luar nikah nak kita hasilkan? Tak cukup lagi dengan 215,033 orang bagi tahun 2005 hingga 2009. Sedangkan pada tahun 1999 hingga 2003 berjumlah 70,433 orang anak luar nikah.  



Seorang bayi perempuan dipercayai baru lahir ditinggalkan berbalut dengan kain dan surat khabar di hadapan sebuah kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat di Nibong Tebal hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat berkata bayi yang masih bertali pusat itu ditemui pukul 7.56 pagi ketika pemilik kedai berkenaan hendak membuka kedainya.

"Bayi ini dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum dijumpai dan masih bertali pusat. Bagaimanapun keadaannya ketika itu agak lemah dan kebiruan kerana kesejukan," katanya kepada pemberita di Nibong Tebal.

Beliau berkata bayi seberat 2.58 kilogram itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap di Nibong Tebal untuk rawatan lanjut.

"Setakat ini kita belum dapat kenal pasti keturunan bayi itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekat bagi membantu siasatan.


----------------------


Lubuk pelacuran PJ diserbu polis

Lima wanita warga China dan dua lelaki tempatan yang menjadikan sebuah kelab karaoke mewah sebagai lubuk pelacuran ditahan dalam satu serbuan polis di Petaling Jaya lewat malam tadi.

Seorang anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Petaling Jaya yang dihubungi hari ini berkata wanita warga China berumur 22 hingga 26 tahun dan dua lelaki tempatan berumur 30 dan 37 tahun yang bertindak sebagai bapa ayam itu ditahan dalam serbuan pukul 11 malam.

"Dalam operasi kira-kira dua jam itu, tindakan menyerbu kelab di tingkat lima dan enam bersebelahan hotel empat bintang itu dipercayai dapat dihidu lebih awal, ekoran beberapa pelacur dapat meloloskan diri melalui lorong tikus menghubungkan tangga kecemasan yang disembunyikan berhampiran tandas kelab terbabit," katanya.

Katanya, ketika serbuan pihak pengurusan kelab bagaimanapun menafikan wujudnya kegiatan pelacuran terbabit memandangkan kelab itu mempunyai pengaruh orang kenamaan serta dikujungi oleh ramai VVIP dan mendakwa kegiatan pelacuran dilakukan oleh pekerja-pekerjanya yang ingin mengambil kesempatan.

Difahamkan, pelacur kelas atasan itu menerima bayaran sekitar RM400 hingga RM500 untuk layanan di bilik karaoke bagi 'sesi perkenalan' sebelum dibawa ke hotel bersebelahan dengan bayaran lebih mahal bagi perkhidmatan seks yang mengikut jam, katanya.

"Kesemua wanita itu ditahan mengikut Seksyen 39 (b), peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial manakala dua lelaki tempatan itu ditahan mengikut Seksyen 55B, Akta Imigresen 1959 dan di bawa ke IPD Petaling Jaya untuk siasatan lanjut," katanya.

--Bernama/http://www.malaysiakini.com/news/138830(31 julai 2010)










No comments:

Post a Comment

Manfaat Dan Khasiat Buah Salak Untuk kesehatan

Manfaat buah salak bagi kesehatan buah salak memang sangat bermanfaat bagi kesehatan salah satu manfaat buah salak bagi kesehatan adalah u...