KUALA LUMPUR 10 Mac – Kajian semula terhadap skim perkhidmatan pensyarah berupaya mengelakkan politiking dalam universiti kerana golongan profesor tidak perlu berebut untuk memegang jawatan pentadbiran.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu juga membolehkan para profesor memberi tumpuan kepada kepakaran sebenar mereka menjalankan penyelidikan membangunkan negara dan menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB).
“Langkah ini selaras dengan usaha kementerian untuk memartabatkan dan mempertingkatkan pencapaian sektor pengajian tinggi secara keseluruhan.
“Saya percaya usaha ini bakal memperlihatkan kecemerlangan profesor dalam bidang masing-masing serta dikenali sebagai pakar terkemuka di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas langkah kerajaan mengkaji skim perkhidmatan pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut perguruan (IP) termasuk membenarkan kenaikan pangkat bagi profesor hingga ke peringkat turus tertinggi tanpa perlu memegang jawatan pentadbiran dalam universiti.
Berita baik buat semua pensyarah... Tapi tu untuk profesor..jauh lagi perjalanan nak sampai jadi profesor...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Manfaat Dan Khasiat Buah Salak Untuk kesehatan
Manfaat buah salak bagi kesehatan buah salak memang sangat bermanfaat bagi kesehatan salah satu manfaat buah salak bagi kesehatan adalah u...
-
Manfaat buah salak bagi kesehatan buah salak memang sangat bermanfaat bagi kesehatan salah satu manfaat buah salak bagi kesehatan adalah u...
-
Dicedok dari http://hambalialorstari.blogspot.com/ untuk panduan saya dan semua............. Pernah ketika penulis mendengar Bayan Suboh...
No comments:
Post a Comment